9 September 2011 - Genap 7 tahun perkenalan aku dengan si Johar. Di awal perkenalan, aku kurang berminat dan tidak tertarik dengan si Johar walaupun dia hensem dan popular pada waktu itu... Akhirnya aku mengikat hubungan dengan Johar atas desakan keluarga...
Konflik di awal hubungan
X sampai beberapa bulan bersama, kami mula tunjuk ketidakserasian.... Mana tak nye, hutang Johar terlalu banyak.... Aku terpaksa menerima bebanan itu....
Suatu hari, kami terlibat dalam kemalangan... Mujur aku tiada nengalami kecederaan... Itupun sebab Johar.. Johar lindungi aku daripada tercedera... Teruk juga Johar cedera... Hidung Johar yang mancung patah.... Jantung Johar pun alami sedikit kecederaan... Johar stay di hospital untuk beberapa hari.... Aku mula bimbangkan Johar...
Bersama Johar mengharungi dunia baru
Setengah tahun bersama Johar, aku membuat keputusan untuk tukar kerjaya... Dari seorang penasihat kewangan (nama glam untuk sales personnel di bank) kepada external auditor di firma ternama di dunia (wah.... X mau kalah gitu).. Dari Johor ke Kuala Lumpur... Demi mengejar cita-citaku, Johar akur untuk mengikuti ku ke KL... Di KL, aku rasa bersyukur kerana sentiasa ditemani Johar...
Kerja baru aku itu memerlukan commitment yang tinggi... Aku sentiasa perlu gigih belajar dalam ilmu perakaunan and pengauditan... That's why aku selalu work and stay late at office (sometimes at client office)... Johar tak pernah marah..... Malah Johar yang menghantar aku pergi dan pulang dari kerja.... Sebagaimana aku commit dengan kerjaya aku, begitulah commit nye Johar dengan hubungan kami....
Semakin hari hubungan kami semakin intim.... Johar menjadi tempat aku mengadu nasib, melepaskan perasaan marah dan 'a shoulder to cry on' (banyak kali jugak la aku menangis depan Johar disebabkan masalah kerja and kewangan).... hehehehe.... Johar memang pendengar yang setia.... Dia memang memahami aku..... Aku tekad untuk memberi yang terbaik buat Johar....
Orang ketiga
Di usia 2 tahun perkenalan aku dengan Johar, aku temui Cinta Hati ku.... Maafkan aku Johar..... Tetapi Johar sedikit pun tak rasa marah... Malah Johar yang menemani aku untuk berjumpa dengan kekasih baru ku... Johar tak pernah menolak permintaanku untuk menemaniku ke sana ke sini bersama Cinta Hati.... Kadang kala Johar menemani Cinta Hati bermalam di KL (kerana Cinta Hati datang dari Johor)... Aku bangga dengan ketabahan dan kesetiaan Johar walaupun ada orang ketiga dalam hubungan kami... Aku rasa Johar tahu perasaan aku terhadapnya.... Bagi ku Johar adalah Kawan Istimewa - tak lebih daripada itu....
Hari-hari bahagia bagiku
Hubunganku dengan Cinta Hati akhirnya disusuli dengan ikatan pertunangan pada tahun 2007. Johar akur dengan keputusanku....
Tahun berikutnya aku dan Cinta Hati melangsungkan pernikahan.... Johar menjadi teman yang penting bagi kami berdua..... Johar sanggup menemani kami ke Pahang & Terengganu untuk berbulan madu.... Aku kagum dengan Johar... Langsung tiada rasa dendam di hatinya.....
Walaupun aku telah berkahwin dengan Cinta Hati yang kini menjadi Cik Suami, demi kerjaya aku terpaksa tinggal berjauhan dengan Cik Suami.... Aku masih di Kuala Lumpur, Cik Suami pula tinggal di Johor. Cik Suami sangat percayakan Johar, maka Johar diberi tanggungjawab untuk menjaga aku di KL. Johar tetap seperti dahulu.... menemani aku dengan setia....
Tahun 2009, tahun yang sangat membahagiakan ku.... Aku dinaikkan pangkat, dikurniakan cahaya mata pertama.... setiap kali pregnancy check-up, Johar lah yang menghantarku.... Johar juga tak sabar-sabar menanti kelahiran cahaya mataku.... Di saat genting kelahiran, Johar menghantar aku dan Cik Suami ke hospital.... Johar menanti di perkarangan hospital sehingga aku selamat melahirkan bayi comel.... Terima kasih Johar.... Jasa mu tak terbalas.....
Kini
Aku dan keluarga sangat menyayangi Johar sepenuh hati... Bagi kami Johar adalah sebahagian keluarga kami.... Puteri kami, Arissa, pun sangat menyayangi Johar.... Arissa sentiasa ceria bermain dengan Johar...
Tetapi kini Johar sakit... Jantung Johar berlubang dan tidak kuat lagi.... Johar memerlukan pembedahan.... Kos pembedahan kira-kira RM2,000 - RM3,000. Dengan kedudukan kewangan aku kini, aku tak dapat membantu Johar dengan segera.... Aku terpaksa mengumpul dana buat Johar.... Sakit buasir Johar pun baru jer kami ubati.... Doktor kata sakit buasirnya akan kembali dalam masa terdekat ini.... Duit lagi.... Hm..... Aku tahu, aku tak patut mengeluh.... Nak bandingkan jasa Johar dengan duit, memang tak memadai.... So, aku akan bertanggungjawab terhadap Johar...... By the way, kami berjaya melangsaikan hutang Johar baru-baru ini.... Jadi, bolelah aku menabung untuk menampung kos rawatan Johar pula....
Perkenalkan JOHAR kesayangan ku:
Johar menemani ku di Kuala Lumpur (Masa nie body aku kurus lagi...)
Johar dan Aku menyertai EY-GFS Amazing Race 2008
(Body aku dah start mengembang)
Kesayanganku - Johar & Cik Suami