Showing posts with label Organ Donation. Show all posts
Showing posts with label Organ Donation. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Review Event Best: 7th ANSARA PreRamadan Blood Donation (2013)

How was my ANSARA PreRamadan Blood Donation Event?

It was excellent!!!!

Seronok sangat dapat berkhidmat as volunteer seperti tahun-tahun yang lalu....

This was my 4th year involvement...

Yang seronok kali nie adalah:

1. Seperti biasa, my beloved hubby dapat join me and this time he pledged as organ donor....!!! Tapi aku rasa sedih gak sebab bukan aku yang convince him to pledge... But it's ok, at least dia dah ikrar...

2. My brother join me as volunteer...!! Dah penat aku ajak before nie... But akhirnya dia nak join because his best friend yang beria ajak dia join.... So, next year, in shaa Allah dah ade successor volunteers... Hehehehe..... Yeay!!!!

3. There was involvement of students from PBSM MRSM Pontian.... Hey, it was fun to work with them!!!!

4. My lovely daughter, Arissa, pun join as youngest volunteer.... I had to train her from now... Kena pupuk semangat membuat kerja-kerja kebajikan.....

I should thank my mum for her support... Ibu banyak membantu aku bagi menjayakan voluntary work aku selama ini.... Ibu yang menjaga anak-anak aku sewaktu aku sibuk dengan persediaan dan kerja-kerja event ini.... Plus, Ibu jugak la yang memupuk semangat aku untuk membuat kerja2 charity... In shaa Allah, one day aku nak buat banyak lagi kerja-kerja charity and hope my mum could join too....

Ok.... Jom usha gambo-gambo sekitar event tersebut.....

 Our Loyal Donor & Supporters, Mr & Mrs Tan
The earliest too.... Thank you

 Our volunteers busy at registration counter.
Also promoting 'Organ Donation Pledge'
 
Some of the students helping us at registration counter.
Learning to promote 'Organ Donation Pledge'
 

 Ramai rakyat Malaysia yang prihatin..
Katil memang penuh selalu..
 
 
 Lovely couple... supporting each other...
 
 

 Kakak busy packing 'goodies' to donors
 
 

 Our youngest volunteer
 
 
 With Students and Teachers - PBSM MRSM Pontian
 
 Our volunteers with Blood Team from Hospital Sultanah Aminah, Johor (Saturday)
 
 
Our volunteers with Blood Team from Hospital Pontian, Johor (Sunday)

Sangat seronok and berpuas hati with event kali ini....

Hope next year lebih ramai volunteers dari ANSARA boleh join....

Wednesday, July 3, 2013

Event Best: ANSARA Pre-Ramadan Blood Donation Drive

Seperti tahun-tahun terdahulu, ANSARA akan mengadakan kempen derma darah seMalaysia bagi membantu pihak Hospital Malaysia mengumpul bekalan darah yang sangat kritikal di musim perayaan yang akan datang ini.

Puasa dah dekat, maka bekalan darah akan berkurang...
Semasa berpuasa, tidak digalakkan menderma...
Tapi after berbuka, boleh la menderma...
Dan tapi lagi, tak banyak hospital buat 'blood donation event' masa bulan puasa
(setelah waktu berbuka)...

So..... Jom kita Menderma....!!!


Tahun nie, lagi sekali aku ditugaskan menjadi coordinator di AEON Bukit Indah Johor....

So.... Marilah support sama saya!!!!

And seperti biasa juga aku akan mem'promote' Organ Donation..... ;)

SEE YOU THERE!!!!!!!.......

Monday, August 9, 2010

Organ Donation - Series 1

Alhamdulillah..... Pada 7 & 8 August hari tuh, ANSARA dan co-supporters berjaya mengadakan Blood Donation Drive se-Malaysia....

I berpeluang sertai that event as volunteer pada 7 August (sabtu) di Jusco Taman Universiti... On 8 August, I and my beloved hubby just bole hantar makanan jer kat Jusco Bukit Indah and Jusco Taman Universiti sebab we all ade kerje yang nak disettlekan... Hopefully next year, my hubby and I bole join lagi.... :)

Waktu jadi volunteer di Jusco Taman Universiti, I berpeluang menjaga registration and promoting 'Organ Donor Pledge' (Ikrar Penderma Organ). Dengan bantuan Sister Jamilah daripada Hospital Sultanah Aminah ("HSA"), I dapat memahami lebih mendalam mengenai 'Organ Donation' ini.... Walaupun I sudah pun register my pledge since umur I genap 22 tahun, tapi ade beberapa issue yang I sendiri tak pasti.... Tapi disebabkan I yakin yang Allah S.W.T akan sentiasa merahmati dan menyayangi hamba-Nya, I proceed with my decision.

Walaupun agak sukar untuk meyakinkan parents I (because that time I tak kahwin lagi), tapi dengan mengemukakan informasi-informasi yang I kumpulkan pada waktu itu, akhirnye my parents agreed with my decision (siap berbahas lagi tau!)... dengan syarat, 'tulang' tak didermakan.... sebab my mum takut mayat I lembik tak bertulang.... hahahaha.... Tapi, after I tanya Sister-Sister di HSA waktu pendaftaran, depa kata tulang kite akan digantikan dgn tulang tiruan... so, jangan la takut jenazah kite lembik.... So, I renew my pledge....

Prinsip I simple, organ-organ kite hanyalah pinjaman daripada Allah S.W.T. Maka, sekiranya kita tak memerlukannya lagi, mengapa tidak kite pinjamkan kepada hamba-hamba Allah yang memerlukan.... Tak kire la to Muslim or Non-Muslim... Dari segi Agama, hukumnya Harus....

Ade juga berpendapat, bahawa takut nanti jenazah/mayat sakit.... ye la, apa yang kite faham, kalau terkena air yang deras waktu dimandikan pun, jenazah dah sakit... Inikan lagi nak dibedah... Tetapi I yakin Allah S.W.T akan membantu meringankan kesakitan kite semasa pemindahan organ nanti...

I masih tak faham, mengapa orang Islam agak sukar menjadi 'Organ Donor'...... Persoalan ini dah lama I fikirkan... Even to my Hubby.... Kalau cakap pasal Derma Organ, bole jadi gaduh... dan dia tak bagi any reason kenapa dia tak sokong this thing.... that's why I can't convince him... I berdoa lambat-laun dia akan lebih terbuka and join me.

It's not easy process to be organ donor. Ade beberapa sebab kenapa ia nye sukar:
  1. Organ hanya bole didermakan setelah kite disahkan kematian otak... maksudnye, bile doktor dah sahkan kite mati cuma organ-organ kite still berfungsi disebabkan oleh bantuan mesin.
  2. Walaupun kite telah register as Organ Donor, doktor still akan mintak izin dari waris terdekat. Sekiranya, waris terdekat tidak membenarkan, pemindahan organ masih tidak dapat diteruskan... cuma, bagi I, sekirenye kite daftar as Organ Donor, waris akan tahu niat terakhir kita... at least daripada tak setuju, mereka maybe akan lembut hati untuk bersetuju.... Hopefully, my Hubby akan setuju sekiranya I berpeluang nanti...

To my hubby: "Abang Sayang..... benarkan tau, doktor nak amik organ2 and tisu2 saya.... Ini amanat terakhir.... after that, Sayang nak kawen satu lagi pun I bagik...."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendermaan organ ini, sila kunjungi: http://www.hkl.gov.my/content/ntrc.htm

Before I end my view today, I nak share one blog yang agak interesting and informative for you to read on the 'Organ Donor' issue:

http://saifulislam.com/?p=518 (it's by Saiful Islam - Hidup Memberi… Derma Organ!)

Maybe I could share my other opinion on this issue in my next post. And if ade sesiapa yang berminat nak register, bole la:

  1. mintak registration form daripada I.... (yang berada di Johor Bahru sahaja)
  2. register di hospital-hospital berikut:
    Pusat Sumber Transplan Negeri Johor, Hospital Sultanah Aminah.
    Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur.
    Pusat Sumber Pendermaan Organ, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.
    Pusat Sumber Transplan, Hospital Pulau Pinang.


To my dearest friends..... sila la daftar yek? dah berbuih mulut I mem'promote'.... hehehehe...

And kalau ade soalan-soalan yang related to this matter, bole la tanya di ruang comment... Insya'Allah, I akan sedaya upaya menjawab soalan itu... kalau soalan very technical, Insya'Allah I akan dapatkan jawapan daripada yang pakar....