Wednesday, January 25, 2012

English Corner: Fish or Fishes

Hm..... Kan kakak dah cakap..... Kakak nie sekarang memang selalu la kena memperbetulkan English kakak nie ha..... maklumlah, kena prepare report untuk Management, prepare minutes of meeting, review report and minutes from other unit, dan macam2 lagik la..... Maklum la.... merangkap semua jawatan di office ini..... Auditor pun iye, secretary pun iye, PA pun iye.... tea lady kadang-kadang (bile time meeting Lembaga Audit jer....).. hehehehe...

Waktu prepare minutes nie, ade la pulak perkataan 'sales of fish'.... tetiba kakak tertanya sendirik... kenapa sales of fish.... why not sales of fishes..... FISH or FISHES????


The answer is......


Fish is used either as singular noun or to describe a group of specimens from a single species.
Fishes describes a group of different species.

- from Pakcik Wikipedia

For example:

Fish: One salmon is a fish, three salmons are 3 fish.
Fishes: One salmon and one flounder are 2 fishes.

- from englishforum

So...... nak guna sales of fish or sales of fishes???? nie nak kena tanya balik member yang buat audit nie.... depa jual satu jenis ikan ke, or pelbagai jenis ikan..... huh!!!!



Tuesday, January 24, 2012

Anak-anak Arissa

Lama betul aku tak update.....

Aku busy betul ngan aku nye UJIAN BUKU yang wajib aku amik untuk kenaikan pangkat..... Keje gomen? aaiihhh... tak aih.... Kakak keje kat private company (tapi GLC negeri johor la), tapi still ade unsur2 macam kerajaan.... nak naik pangkat kena amik exam.... apa boleh buat.... Layan...........

ok... ok.... stop complaining.....

Nie ha.... kakak nak cerita sikit.... sejak dua-tiga bulan nie, kakak terasa sangat si Arissa nie dah besar sesangat..... ye la.... tahun nie bulan 10, Arissa dah 3 tahun... dah besar dah..... Cuma sampai la nie, si Arissa tuh tak pandai cakap.... dia cakap bahasa dia la.... nak berbual memang nak la.... ramah semacam, busybody macam atuk dia.... hehehehehe....

When I looked back at the first moment I hold and breastfeed her, she's so tiny.... berat dia pun just 2.65kg... sangat kecik....

Then.... dia membesar.... starts recognizing people around her.... smiling when she's happy... and crying when she's upset or get scared....

When she starts to understand what people say, she will do whatever you ask her to do.... and then, she learns to express her feelings and as well as her stand (espeacially when she said."no...no...no...")....

Now, she's growing up.... She could think by her own and decide what to do.... (but still as a parents, we need to guide her)....

Bile aku kenangkan balik..... terasa sangat wujudnye satu entiti dalam sebuah keluarga.... Daripada entiti yang dependent kepada entiti yang separa independent (which you feel that you do not have full control over that entiti)..... ye la.... sekarang nie, Arissa yang pilih dia nak pakai diapers yang mana.... baju yang mana..... selipar/kasut yang mana..... even TV channel pun dia yang control..... ppeerrgghhh!!!!

Paling kelakar, when you observe your child bile dia main sorang-sorang..... Like Arissa, she tend to imitate what people around her.... contohnye, bile dia main masak-masak and jaga anak-anak (which are her soft toys), dia akan tiru gaya nenek dia.... bile bawak beg, dia akan tiru gaya aku bawak beg yang banyak sambil jawab call.....bile bersenam she tends to imitate her daddy....

Arissa selalu pesan and bercakap ngan 'anak-anak'nya.... and guess what had she did to her 'anak-anak'.....???

Ini dia.......

 Dia pakaikan diapers to her 'anak-anak'..... tak muat, nampak kepala pun jadik la....




And this is... How it looks like when you diapering Angry Bird....

Wednesday, January 4, 2012

Impak Sekeping Gambar

Sekeping gambar mampu menyampaikan secebis kisah......

Sekeping gambar mampu melahirkan pelbagai perasaan.... Sedih.... Sayang.... Cinta... Bimbang... Marah.... ataupun Benci....

Sekeping gambar yang ku katakan ini bukan lah gambar artis-artis... atau ahli politik.... mahupun gambar kontroversi si Best Student Amalina......

Ianya sekeping gambar seorang kanak-kanak yang naif.... Bila lihat wajahnya, terasa sayu... dan sayang...


Gambar ini yang membuat aku terus mahu mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh 'pengiklan' - GROUPON-UNICEF.

Aku terus click link nye.....
http://www.groupon.my/deals/national-deal/united-nations-childrens-fund/715933932?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_3&a=715827970

Di website tersebut ada kisah si kanak-kanak comel ini.... sedih dan kasihan aku pada nasibnya.... terus aku buat apa yang sepatutnya aku buat...... Hopefully, aku mampu mebantunya atau kanak-kanak lain yang senasib dengannya.....

Hopefully, korang semua pun dapat memberi sumbangan semampunye......
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku teringat pula isu2 hukum agama....... sebab kat department aku nie ade budak Sekolah Agama yang selalu memberi ingatan tentang hukum-hukum nie... haram... or halal....

Aku bersyukur sebab ade kawan yang begitu... at least iman aku terjaga... contohnya dia sound pasal x leh mendoakan orang kafir spt saying 'Rest-In-Peace' bagi yang mati ataupun 'Bless You' bile depa bersin...

Kengkadang aku tak berapa setuju ngan pandangan/fahaman dia... so, selalu jer la aku membuat short research... kan Pakcik Google ade....

So, bile bersedekah kat orang kafir nie, aku teringat la pulak pasal halal haram.... so, aku pun men'google'....

Resultnya.....

Mendoakan Orang Bukan Islam


assalamualaikum kepada panel al-ahkam,
saya ingin bertanya soalan.

soalanya:


1. Adakah seorang muslim boleh mengucapkan 'bless u' kepada org bukan muslim yang mengucapkan 'bless u' kepadanya apabila dia bersin ?
2. Adakah perbuatan tersebut sama dengan mendoakan kesejahteraan kepada org kafir ?

************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak menjadi kesalahan seseorang Islam mendo'akan keatas orang bukan Islam yang masih hidup. Kita boleh mendo'akan kesehatan mereka (bless you), lebih-lebih lagi mendo'akan agar hati mereka terbuka kepada Islam.

Malah, seseorang Islam dibenarkan memberi sedekah kepada orang bukan Islam yang memerlukan pertolongan. Yang di larang adalah pemberian zakat keatas mereka. Orang kafir yang diberikan sedekah itu bukanlah dari mereka yang memerangi orang Islam.

Membantu diantara satu sama lain (baik orang Islam atau bukan Islam) kearah kebaikkan didalam ruang lingkup yang luas merupakan seruan Islam, firman Allah :-


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ


"hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). " [surah al-Maaidah 5:3]

Apa yang dilarang ialah mendo'akan keatas orang bukan Islam yang sudah mati. Firman Allah swt :-


مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ


"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. " [Surah al-Taubah : 113]


Sekian, wassalam

diambil dpd:
http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/mendoakan-orang-bukan-islam.html

Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012

Tahun baru.... Azam baru.....

Dulu, masa aku kecik-kecik dulu Ibu ade ajar supaya tanam azam setiap kali tahun baru.... Tapi sejak 4-5 tahun nie, aku busy betul mengejar sesuatu yang aku tak pasti.... agaknye, inilah kelemahan orang yang tak de azam ataupun ade azam tapi tak state and 'materialized'kan azamnya....

Kalau dalam Islam, setiap kali menyambut tahun baru maal hijrah, umat Islam digalakkan untuk berhijrah... BerHIJRAH daripada yang tak/kurang baik kepada kebaikan.... :) Di sebabkan maal hijrah arituh aku busy gile, aku tak tersenarai pun azam2 hijrah aku....

So, aku amik kesempatan tahun baru 2012 nie untuk senaraikan azam-azam tahun ini....!!!!

AZAM KERJA

1. Datang awal ataupun tepat pada waktunya - aku memang popular dengan kehadiran lewat ke office.... Tapi aku biasanya bayar balik ngan pulang lewat ke rumah.... so, tahun baru nie aku nak datang awal la ke office.... Ikut macam hubby aku!!!! Sungguh bersemangat untuk bekerja.... Sayang, you inspired me!!!

2. Berfikiran positif dan lebih efficient! - Aku nak siapkan kerja on time... tak nak delay kerja... Contohi Abg SS kat office aku nie... aku kagum ngan efficiency dia... Hebat!

3. Complete CIA (Certified Internal Auditor) - dalam masa setahun nie, aku musti completekan CIA paper aku since it is requirement to be promoted and for future development in career.


AZAM KELUARGA

1. Menjadi Isteri yang Terbaik buat hubby aku - baru2 nie hubby complaint.... dia kata aku dah kurang bagi tumpuan kat dia... bile aku analysed balik, memang pun... tapi dah memang nature aku sebeno nye.... aku nie memang jarang nak dependent sangat ngan orang lain.... kalau boleh semua buat sendirik.... jarang nak call-call nak tanya-tanya 'tengah buat apa?', 'dah makan ke belum?', 'hari nie makan apa?'.... sebab aku sendirik kengkadang rimas nak jawab soalan2 macam tuh.... Dulu masa bercinta pun tak de la aku nak kawal hubby aku 24jam.... tapi since dia nak aku jadik macam tuh, akan aku usahakan...... Hehehehe.... But i really need to improve bab menjadi pendengar terbaik buat hubby aku... sebab aku rasa aku nie bukan nye pendengar yang baik....

2. Jadi Ibu Terbaik buat Anak-anak - perasan tak aku tulis anak-anak?? bukannye Arissa seorang.....? hehehehe... kalau ikutkan plan, aku nak tambah sorang lagik ahli keluarga dalam tahun nie... so... doakan aku agar dapat jadi ibu mithali.... Arissa, mummy minta maaf if mummy x jaga Arissa ngan baik past few years... ok, mummy promise to be the BEST MOM to you and your sister/brother.... :)

3. Jadi Anak yang Baik buat Ibu&Ayah - last few years, aku rasa aku banyak menyusahkan ibu ngan ayah aku.... especially Ibu.... Kengkadang kata-kata aku menguris perasaan dia... sejak aku duduk serumah ngan Ibu, aku rasa banyak perkara yang aku tak sefahaman ngan dia.... And aku memang jenis berterus-terang... so, kengkadang Ibu terasa hati ngan aku.... aku rasa tahun nie aku tak nak la cakap banyak-banyak... nanti terguris lagik hati dia.... baik aku iyekan jer kata-kata dia.....


AZAM KESIHATAN & KECANTIKAN

1. Nak minum air 8 gelas setiap hari - aku nie memang payah sangat la nak minum air masak 8 gelas sehari.... aku tak tau kenapa.....

2. Nak turunkan berat badan - aku rasa yang nie azam setia tahun aku.... tapi tak pernah2 aku achieved... this year, aku kena serius ngan azam aku nie... since lutut aku pun dah start sakit, better aku laksanakan azam aku nie..... sekarang berat badan aku 69kg... target 63kg... tak yah banyak2, nanti tak achievable lak.... hehehehehe....

3. Sentiasa kemas & cantik - aku nie kalau gie keje dah lambat, sure tak bersolek.... aku sambung bersolek kat office.... mak aaaiii, tak professional langsung.... so, tahun baru nie, aku nak jaga penampilan aku la....


AZAM IBADAT

1. Nak solat on time - Aku selalu jer buat solat combo.... aku rasa member-member aku sure tau apa itu solat combo.... ye la.... solat waktu zohor nak dekat2 asar, so senang tunggu 5 minit after solat zohor, then dah bole sambung solat asar... hehehehe.... jimat make-up... hehehehe... astaghfirullahalazim.... nie kalau best friend aku, si Fidot, tau nie... sure aku kena tazkirah 1 jam tak henti....

2. Baca doa setiap kali mulakan aktiviti - aku rasa makin aku besar, makin kurang aku berdoa untuk memulakan pekerjaan.... So, aku berazam untuk sentiasa berdoa sebelum memulakan pekerjaan.

3. Banyakkan puasa sunat - yang ini memang liat betul aku... yang ganti pun selalunye aku buat betul2 nak ramadhan.... astaghfirullahalazim.... Apa ke bende la aku nie.... Hai.... duniawi betul lah!!! ok... ok... berubah!!!!!!!

ok la... aku rasa itu jer kot... kalau ade tambahan, aku edit + tambah jer kat post nie....