Wednesday, January 4, 2012

Impak Sekeping Gambar

Sekeping gambar mampu menyampaikan secebis kisah......

Sekeping gambar mampu melahirkan pelbagai perasaan.... Sedih.... Sayang.... Cinta... Bimbang... Marah.... ataupun Benci....

Sekeping gambar yang ku katakan ini bukan lah gambar artis-artis... atau ahli politik.... mahupun gambar kontroversi si Best Student Amalina......

Ianya sekeping gambar seorang kanak-kanak yang naif.... Bila lihat wajahnya, terasa sayu... dan sayang...


Gambar ini yang membuat aku terus mahu mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh 'pengiklan' - GROUPON-UNICEF.

Aku terus click link nye.....
http://www.groupon.my/deals/national-deal/united-nations-childrens-fund/715933932?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_3&a=715827970

Di website tersebut ada kisah si kanak-kanak comel ini.... sedih dan kasihan aku pada nasibnya.... terus aku buat apa yang sepatutnya aku buat...... Hopefully, aku mampu mebantunya atau kanak-kanak lain yang senasib dengannya.....

Hopefully, korang semua pun dapat memberi sumbangan semampunye......
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku teringat pula isu2 hukum agama....... sebab kat department aku nie ade budak Sekolah Agama yang selalu memberi ingatan tentang hukum-hukum nie... haram... or halal....

Aku bersyukur sebab ade kawan yang begitu... at least iman aku terjaga... contohnya dia sound pasal x leh mendoakan orang kafir spt saying 'Rest-In-Peace' bagi yang mati ataupun 'Bless You' bile depa bersin...

Kengkadang aku tak berapa setuju ngan pandangan/fahaman dia... so, selalu jer la aku membuat short research... kan Pakcik Google ade....

So, bile bersedekah kat orang kafir nie, aku teringat la pulak pasal halal haram.... so, aku pun men'google'....

Resultnya.....

Mendoakan Orang Bukan Islam


assalamualaikum kepada panel al-ahkam,
saya ingin bertanya soalan.

soalanya:


1. Adakah seorang muslim boleh mengucapkan 'bless u' kepada org bukan muslim yang mengucapkan 'bless u' kepadanya apabila dia bersin ?
2. Adakah perbuatan tersebut sama dengan mendoakan kesejahteraan kepada org kafir ?

************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak menjadi kesalahan seseorang Islam mendo'akan keatas orang bukan Islam yang masih hidup. Kita boleh mendo'akan kesehatan mereka (bless you), lebih-lebih lagi mendo'akan agar hati mereka terbuka kepada Islam.

Malah, seseorang Islam dibenarkan memberi sedekah kepada orang bukan Islam yang memerlukan pertolongan. Yang di larang adalah pemberian zakat keatas mereka. Orang kafir yang diberikan sedekah itu bukanlah dari mereka yang memerangi orang Islam.

Membantu diantara satu sama lain (baik orang Islam atau bukan Islam) kearah kebaikkan didalam ruang lingkup yang luas merupakan seruan Islam, firman Allah :-


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ


"hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). " [surah al-Maaidah 5:3]

Apa yang dilarang ialah mendo'akan keatas orang bukan Islam yang sudah mati. Firman Allah swt :-


مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ


"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. " [Surah al-Taubah : 113]


Sekian, wassalam

diambil dpd:
http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/mendoakan-orang-bukan-islam.html

No comments:

Post a Comment