Thursday, July 22, 2010

Blood Donation - Series 2

Sekarang nie agak sukar I nak luangkan masa untuk menulis blog.... Dah start macam dulu gak.... Bile start bekerja, I'm too focus on my work.... Ye la... Rasa bersalah sebab tak amanah bile time keje, kite sibuk tulis blog.... So, I amik masa waktu lunch hour untuk ber'blog' nih....

La nie dah nak dekat bulan Ramadhan... (I sibuk la berpuasa ganti...hehehehe... last minutes baru terkial-kial nak ganti...). Bile cakap time nak puasa nie, teringat lak pasal blood donation... Ye la, tiap-tiap tahun sebelum Ramadhan, ANSARA (MRSM Alumni) akan adakan blood donation drive... Ye la, nanti musim perayaan, biasanye bekalan darah di tahap kritikal...

Untuk tahun ini, blood donation drive anjuran ANSARA akan diadakan pada 6hb,7hb, dan 8hb Ogos 2010 di tempat-tempat yang terpilih di seluruh Malaysia. Kalau nak tau tempat-tempatnye sila ke:
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/12/ansara-annual-blood-donation-drive-again/



Untuk Johorians, location di Johor adalah:

  1. Jusco Tebrau City
  2. Jusco Permas Jaya
  3. Jusco Taman Universiti
  4. Jusco Bukit Indah
  5. Perlabuhan Tanjung Pelepas ("PTP")


Insya'Allah, I will be at Jusco Taman Universiti.... Kite jumpa di sana!!!!!

Nie nak sambung cerita yang I promise in Blood Donation - Series 1... About jenis-jenis pendermaan darah....

Actually, terdapat 2 jenis pendermaan darah;

Pertama, jenis 'Whole Blood'. Jenis nie yang biasa rakyat Malaysia buat.... Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:

  1. Sel darah merah
  2. Sel darah putih
  3. Platelet
  4. Plasma

Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam. So, kalau dah derma 'whole blood', penderma hanya boleh menderma selepas 3 bulan daripada tarikh terakhir menderma.

Dan kedua, jenis 'Aferesis'. Komponen darah yang didermakan adalah plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula. Untuk penderma Aferesis, dioarang bole menderma kembali selepas 2 minggu.


Kalau nak tahu banyak perkara mengenai derma darah, bole la ke:
http://www.pdn.org.my/



Tuesday, July 6, 2010

Patutkah UPSR and PMR dimansuhkan?

Tadi pagi I baca Berita Harian Online.... Antara berita yang menarik perhatian aku adalah issue memansuhkan exam UPSR and PMR. Kenapa nak mansuhkan education system yang telah lama kita guna? kerajaan nak jimat kos ke?

Bila membaca article2 or pendapat2 bijak pandai, memang UPSR and PMR nie patut dimansuhkan... kononnye education system Malaysia terlalu 'Exam Oriented'. Murid2 di Malaysia terlalu focus dalam peperiksaan dan tidak diberi kebebasan dalam memilih perkara yang mereka minat.....

Tapi for me, I still believe that UPSR and PMR tidak patut dimansuhkan... Ini kerana that exam dapat mengukur tahap pencapaian akedemik pelajar.... lagipun ia mampu menerapkan daya saing sejak anak2 kita masih kecil....

Dan disebabkan peperiksaan2 ini, ade juga yang tersedar dari 'tidur yang lena'.... What I mean? I teringat satu kisah benar one of my senior di EY... dia bukak cerita yang dia pada mulanye bukanlah pelajar yang cemerlang di sekolah rendah. Pada hari dia mengambil result UPSRnye, dia lihat rakan2 yang mendapat keputusan cemerlang bergelak-ketawa gembira bersama guru2... Pada saat itu, dia mula rasa cemburu dan tersedar bahawa dia juga bole memperolehi kejayaan itu.... And guess what? After that dia terus berusaha dan memperolehi kejayaan demi kejayaan... Dia antara pelajar yang lulus ACCA (professional exam for accounting) without a single fail.... Kak Sham, you inspired me!

Ade juga rakan2 I yang bersungguh2 di tahap UPSR tetapi memperolehi keputusan yang tak berapa cemerlang.... ada antara mereka give-up.... that's the sad part.... I believe parents and teachers must play the important part to support and motivate them... ye la, kan ade peluang di tahap PMR lagi.... And I have friends yang terus berjuang.. at the end, mereka berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR... lebih cemerlang dpd yang cemerlang dalam UPSR..... Sometimes orang yang berjaya terlalu comfortable dengan pencapaian dahulu... lupa nak upgrade diri.... hehehehe.... So, sapa kata PMR tak penting...?

Thus, for me these two exams amat penting kerana dapat mengukur tahap pencapaian akademik pelajar serta memberi kesedaran.

Kalau nak suruh pelajar2 kita bebas memilih perkara2/subject2 mereka minat, boleh jer bagi meraka ini memilih... Bukan dengan memansuhkan sistem peperiksaan masakini, tetapi lebih memberi kelonggaran kepada pelajar untuk memilih subject2 yang mereka minat.... Contohnye, masa I di sekolah menengah, I did't have choice to take economics subject or perdagangan because I was science school student.... Eventhough I was taking Accounting subjects (and not taking Bio) but I had to take Chemistry and Physics subjects.... Waktu tu, I memang confirm my interest is more to accountings and business study.... I believe ramai yang mengalami nasib yang sama.....

Macam tu jugak masa memilih course di peringkat Universiti.... I rasa ramai jer yang tak dapat course yang mereka pilih.... so, pakai humban jer la course apa yang IPTA bagik.... Bagi yang ade duit, bole la mohon IPTS.... betul? At last, dapat la grad dengan keputusan yang so-so... ye la kena paksa belajar apa yang kite tak minat..... Luckily, I got what I want....

Sama la macam kerja jugak.... Ramai graduate yang keje bukan kerana minat mereka.... ye la... Degree lain bidang, dapat keje lain bidang.... Orang bijak pandai kata, jangan memilih kerja... Apa mau buat.... Memang la tak memilih, tapi kerja tanpa minat.... you know how it looks like..... Kalau tak minat jadi cikgu, tapi terpaksa jadi cikgu, so... at the end that cikgu just do what ever he/she could do... it's so-so production... Kalau zaman dulu, cikgu ni adalah pendidik.... Kita pandang tinggi profession ini... For me, I'm glad to have good teachers... all my teachers memang ikhlas menjadi pendidik sebab mereka minat.... TERIMA KASIH, CIKGU!

hm.... terpanjang lak melalut.... ok... berbalik pada isu yang dibincangkan.....

Ade yang berpendapat, UPSR dan PMR ini hanya menjauhkan lagi jurang antara pelajar cemerlang dan pelajar kurang pintar. Bagi I, itu bukan alasan yang bernas untuk meneruskan usaha memansuhkan UPSR dan PMR. Melalui result UPSR dan PMR, kita dapat tahu kemampuan anak2 kita serta minat mereka.... Sekiranya anak2 tidak berminat dalam bidang akademik, parents sepatutnya sudah dapat menjangkakan keperluan anak2 mereka dalam bidang kemahiran.... Contohnye dalam bidang agama, lukisan, muzik, senireka, communication dan lain2.... Parents juga lebih mudah mendorong anak2 dalam bidang yang mereka minat.

So, apa pendapat anda semua.....?

Thursday, July 1, 2010

Blood Donation - Series 1

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia....

Hari nie, I nak cerita pasal blood donation la..... Actually, dah lama dah teringin nak tulis pasal bende alah nih.... Tapi ye la kan, kekurangan kemudahan internet, kekurangan masa and perasaan malas menguasai diri.... hehehehe....

Ok, yang I perasan, di Malaysia setiap tahun, berita menyiarkan bahawa bekalan darah di hospital kerajaan mahupun swasta kekurangan darah (refer mstar online dated 15 Jan 2010). Kalau 'issue kekurangan gula' ramai rakyat Malaysia ambil perhatian. Tetapi mengapa tidak dalam issue kekurangan darah. Ye la.... tak terkena pada kite dan keluarga kite musibah yang melibatkan issue bekalan darah nie.... Biasalah... Bila dah terhantuk baru nak terngadah....

Dan dari apa yang I perasan, kebanyakan donor di Malaysia adalah dari kalangan bukan Melayu and non-Muslim. Kenapa? Mana orang-orang Muslim nih? Mana bangsa Melayu yang kite harapkan? Adakah orang Melayu kite ini kurang 'exposure', kurang 'berfikiran terbuka' atau lebih mementingkan diri? Sifat keterbukaan dan kesedaran perlu ade pada kite semua, especially Malay-Muslim.

Ade jugak yang menjaja mitos-mitos kepada orang ramai hingga kite kehilangan potential good donor. So, untuk penjelasan mitos-mitos ini sila baca website berikut:
http://berita-harian-online.com/mitos-menderma-darah/

Untuk pengetahuan semua, actually tiada keburukan yang saya dapati dalam menderma darah ini. Malah banyak kebaikan yang diperolehi penderma darah. Antara kebaikan yang dalam saya ulaskan adalah:

1. Mengurangkan risiko serangan jantung - Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.

2. Dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.

3. Memeriksa dan mengetahui status kesihatan diri secara percuma seperti tekanan darah, kepekatan darah dan ujian darah yang lain.


4. Membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah.

Dari pengalaman I, I pernah diberitahu bahawa imunisasi Hepatitis B dalam badan I telah berkurang. I telah dinasihatkan untuk mengambil suntikan Hepatitis B. And guess.... It's free okay for the donor.... See betapa bagusnya menderma darah nie...

Semasa bekerja di audit firm, banyak kali jugak I try to derma darah. However, kepekatan darah I hanya untuk keperluan diri sendiri. Maka tak dapatlah I menderma darah. I mendapatkan advice secara percuma bagaimana menambahkan kepekatan darah agar ia tidak akan mendatangkan darurat kepada diri.

Berikut adalah keistimewaan kepada penderma darah Malaysia yang diberi daripada Kerajaan:

KEKERAPAN MENDERMA & KEISTIMEWAAN RAWATAN

1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

2 ~ 5 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.

11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.

21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.

31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


Tetapi jangan pula kita hanya menderma untuk mendapatkan kemudahan di atas..... Kite perlu Ikhlas.... Itu yang penting.... Semoga Allah SWT akan membalasnye dengan kebaikan dan kerahmatan kepada kite di dunia mahupun di akhirat kelak.

Untuk pengetahuan yang lebih luas lagi dalam 'Derma Darah' nie, silalah kunjungi website Pusat Darah Negara: http://www.pdn.org.my/

Untuk menderma darah, kawan-kawan bolehlah ke Hospital-hospital berdekatan (during office hours). Atau kena la search sikit kempen-kempen derma darah nie....

For Johorian yang stay kat JB, bolelah ke Plaza Tasek, Taman Tun Aminah pada 4th July 2010 dari 10.00 pg hingga 4.00 petang.

For USJ people and yang berdekatan, you could donate your precious blood at Summit USJ Shopping Complex on 17 July 2010 from 10.00 a.m to 5.00 p.m

Just to share with you:
Tanggal 14 Jun dinobatkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia sempena tarikh lahir pemenang anugerah Nobel, Karl Landsteiner yang menemui sistem kumpulan darah ABO.

Di hari yang lain, I will share with all of you about donation type and lifetime of blood cell.