Thursday, July 22, 2010

Blood Donation - Series 2

Sekarang nie agak sukar I nak luangkan masa untuk menulis blog.... Dah start macam dulu gak.... Bile start bekerja, I'm too focus on my work.... Ye la... Rasa bersalah sebab tak amanah bile time keje, kite sibuk tulis blog.... So, I amik masa waktu lunch hour untuk ber'blog' nih....

La nie dah nak dekat bulan Ramadhan... (I sibuk la berpuasa ganti...hehehehe... last minutes baru terkial-kial nak ganti...). Bile cakap time nak puasa nie, teringat lak pasal blood donation... Ye la, tiap-tiap tahun sebelum Ramadhan, ANSARA (MRSM Alumni) akan adakan blood donation drive... Ye la, nanti musim perayaan, biasanye bekalan darah di tahap kritikal...

Untuk tahun ini, blood donation drive anjuran ANSARA akan diadakan pada 6hb,7hb, dan 8hb Ogos 2010 di tempat-tempat yang terpilih di seluruh Malaysia. Kalau nak tau tempat-tempatnye sila ke:
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/12/ansara-annual-blood-donation-drive-again/



Untuk Johorians, location di Johor adalah:

  1. Jusco Tebrau City
  2. Jusco Permas Jaya
  3. Jusco Taman Universiti
  4. Jusco Bukit Indah
  5. Perlabuhan Tanjung Pelepas ("PTP")


Insya'Allah, I will be at Jusco Taman Universiti.... Kite jumpa di sana!!!!!

Nie nak sambung cerita yang I promise in Blood Donation - Series 1... About jenis-jenis pendermaan darah....

Actually, terdapat 2 jenis pendermaan darah;

Pertama, jenis 'Whole Blood'. Jenis nie yang biasa rakyat Malaysia buat.... Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:

  1. Sel darah merah
  2. Sel darah putih
  3. Platelet
  4. Plasma

Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam. So, kalau dah derma 'whole blood', penderma hanya boleh menderma selepas 3 bulan daripada tarikh terakhir menderma.

Dan kedua, jenis 'Aferesis'. Komponen darah yang didermakan adalah plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula. Untuk penderma Aferesis, dioarang bole menderma kembali selepas 2 minggu.


Kalau nak tahu banyak perkara mengenai derma darah, bole la ke:
http://www.pdn.org.my/



No comments:

Post a Comment