Thursday, July 1, 2010

Blood Donation - Series 1

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia....

Hari nie, I nak cerita pasal blood donation la..... Actually, dah lama dah teringin nak tulis pasal bende alah nih.... Tapi ye la kan, kekurangan kemudahan internet, kekurangan masa and perasaan malas menguasai diri.... hehehehe....

Ok, yang I perasan, di Malaysia setiap tahun, berita menyiarkan bahawa bekalan darah di hospital kerajaan mahupun swasta kekurangan darah (refer mstar online dated 15 Jan 2010). Kalau 'issue kekurangan gula' ramai rakyat Malaysia ambil perhatian. Tetapi mengapa tidak dalam issue kekurangan darah. Ye la.... tak terkena pada kite dan keluarga kite musibah yang melibatkan issue bekalan darah nie.... Biasalah... Bila dah terhantuk baru nak terngadah....

Dan dari apa yang I perasan, kebanyakan donor di Malaysia adalah dari kalangan bukan Melayu and non-Muslim. Kenapa? Mana orang-orang Muslim nih? Mana bangsa Melayu yang kite harapkan? Adakah orang Melayu kite ini kurang 'exposure', kurang 'berfikiran terbuka' atau lebih mementingkan diri? Sifat keterbukaan dan kesedaran perlu ade pada kite semua, especially Malay-Muslim.

Ade jugak yang menjaja mitos-mitos kepada orang ramai hingga kite kehilangan potential good donor. So, untuk penjelasan mitos-mitos ini sila baca website berikut:
http://berita-harian-online.com/mitos-menderma-darah/

Untuk pengetahuan semua, actually tiada keburukan yang saya dapati dalam menderma darah ini. Malah banyak kebaikan yang diperolehi penderma darah. Antara kebaikan yang dalam saya ulaskan adalah:

1. Mengurangkan risiko serangan jantung - Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.

2. Dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.

3. Memeriksa dan mengetahui status kesihatan diri secara percuma seperti tekanan darah, kepekatan darah dan ujian darah yang lain.


4. Membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah.

Dari pengalaman I, I pernah diberitahu bahawa imunisasi Hepatitis B dalam badan I telah berkurang. I telah dinasihatkan untuk mengambil suntikan Hepatitis B. And guess.... It's free okay for the donor.... See betapa bagusnya menderma darah nie...

Semasa bekerja di audit firm, banyak kali jugak I try to derma darah. However, kepekatan darah I hanya untuk keperluan diri sendiri. Maka tak dapatlah I menderma darah. I mendapatkan advice secara percuma bagaimana menambahkan kepekatan darah agar ia tidak akan mendatangkan darurat kepada diri.

Berikut adalah keistimewaan kepada penderma darah Malaysia yang diberi daripada Kerajaan:

KEKERAPAN MENDERMA & KEISTIMEWAAN RAWATAN

1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

2 ~ 5 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.

11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.

21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.

31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


Tetapi jangan pula kita hanya menderma untuk mendapatkan kemudahan di atas..... Kite perlu Ikhlas.... Itu yang penting.... Semoga Allah SWT akan membalasnye dengan kebaikan dan kerahmatan kepada kite di dunia mahupun di akhirat kelak.

Untuk pengetahuan yang lebih luas lagi dalam 'Derma Darah' nie, silalah kunjungi website Pusat Darah Negara: http://www.pdn.org.my/

Untuk menderma darah, kawan-kawan bolehlah ke Hospital-hospital berdekatan (during office hours). Atau kena la search sikit kempen-kempen derma darah nie....

For Johorian yang stay kat JB, bolelah ke Plaza Tasek, Taman Tun Aminah pada 4th July 2010 dari 10.00 pg hingga 4.00 petang.

For USJ people and yang berdekatan, you could donate your precious blood at Summit USJ Shopping Complex on 17 July 2010 from 10.00 a.m to 5.00 p.m

Just to share with you:
Tanggal 14 Jun dinobatkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia sempena tarikh lahir pemenang anugerah Nobel, Karl Landsteiner yang menemui sistem kumpulan darah ABO.

Di hari yang lain, I will share with all of you about donation type and lifetime of blood cell.

4 comments:

  1. riza, based on my experience, even kalo kita x layak donate blood pon, kita leh contribute gak dgn cara meng-organize-kan blood donation drive kat tmpt keje kita. leh liaise ngn pusat darah negara.

    especially nak dkt bulan puasa/raya nih, stok darah mmg kurang sbb org2 puasa, sedangkan time raya nnt demand tinggi sbb org eksiden kat jalan raya utk balik kg. ansara slalu buat blood donation drive time before puasa.. ko leh jadi volunteer.:D

    oh yer. kempen lah jugak utk organ donation yer..

    ReplyDelete
  2. salam kak riza,

    WOW!!! tak sangka 'rewards' kpd penderma darah begitu menarik. . sepatutnya org berlumba2 utk benda seperti nih. Lagipun kos kehidupan boleh dikurangkan dengan mendapatkan keistimewaan perkhidmatan perubatan hasil drpd pendermaan darah kita. .Humm. . .rasa2 nya ramai orang tak tahu nih,walaupun selama 3 tahun di sekolah menengah menjadi ahli PBSM dan setiap bulan membantu PBSM Cabang + Hospital kerajaan ke plaza2 kompleks membeli belah utk program derma darah, SERIOUSLY memang tak tahu akan keistimewaan y diberikan. .. . .boleh di share2 nih. .

    ReplyDelete
  3. ko yang aku kenal memang selalu derma darah..I wish most of us are like you..

    ko amacam?

    ReplyDelete
  4. Auntie elle: betul kata ko tuh. memang di Malaysia, di bulan puasa bekalan darah berkurangan. ini kerana ramai yang takut bila derma darah nanti tak larat pula badan. actually, bergantung pada kekuatan individu itu sendiri... sebab ade jer orang-orang yang berpuasa, menderma darah. kan auntie elle? so, kalau tak cuba kite tak tau...

    memang betul kata ko lagik, kite bole organise blood donation drive for our office... tapi kat EY, management memang selalu organised. it's half yearly event... Insya'Allah, kat company baru, aku try organisekan...

    and about organ donation, memang ade plan to promote in my blog... tgh kumpul bahan... hehehe... :)

    hatimukmin: Ha.... baru tau pasal benefit nih...? bagus la... at least, selama ni buat keje memang IKHLAS... hehehe.... and have you donated your blood? if not yet, please do so...

    Pn ain: I kat JB nih sihat... terlebih sihat... dalam process nak kuruskan badan... hahahaha.... bile agaknye akan berjaya...

    ReplyDelete