Friday, December 6, 2013

3 Months with New Company

Busy.....

Itulah perkataan yang biasa aku luahkan kepada semua orang bile depa tanya kenapa dah tak brapa nak update tentang khabar berita di FB or blog.....

Memang sangat busy pun kerja aku kat company baru.... Banyak idea-idea yang aku nak kongsi kat blog aku nie... tapi idea hanya terpendam dalam kotak fikiran aku.....

Dah genap tiga bulan aku bekerja kat tempat baru....

Macam-macam isu aku dengar kat Company baru aku nie.... kengkadang aku geram jer bila dengar isu-isu yang aku rasa x patut ada dalam satu organisasi....

But aku puas hati buat pekerjaan aku... aku lebih fokus dalam melaksanakan tanggungjawab aku....

Boss aku (direct supervisor aku/HOO) sangat memberi inspirasi.... Bagi aku, beliau sangat competent, passionate dengan mission Company aku.... And he is so helpful... Leadership dia sangat superb....!!! Even his experiences pun sangat impressive...

But.... Masalah nye he always not agree with our big boss.... Why??? Hahahahahaha..... Only us know why... Which I will always at my boss side....

Rindu tempat kerja lama???

Of course la rindu...!!! hehehehehehe....

Even though ade beberapa perkara aku x suka kat company lama.... x semestinya aku benci.... kan???

What I really miss beside my friends and bosses...???

  • Interesting events - family day, Jom Sihat, ceramah-ceramah motivasi, etc.
  • Goodies.... Sebalang kuih raya (masa nak raya), Kurma (masa nak puasa), tiket wayang, voucher KFC, corporate gift (pendrive, diary, payung, etc.).
  • Beli produk-produk Company in Group dengan harga murah
Kelakarkan? 
Bende2 kecil macam nie pun actually boleh buat pekerja-pekerja happy.... hehehehehe....

Nanti I upload lah gambo2 goodies yang masih ade pada I.....

ok.... need to go... maybe I need to try very hard in the future to make myself available to update my blog!

Tuesday, August 27, 2013

Boss Kesayangan.... Dalam Kenangan

Assalamualaikum....

Lagi 3 hari sahaja aku akan meninggalkan tempat kerja aku nie....

Memang sedih...

Aku suka dengan suasana office aku...
Aku suka dengan kawan-kawan office aku...
Aku suka dengan kerja aku...
Aku suka dengan boss-boss aku...
Aku suka sesetengah aktiviti-aktiviti yang 'fun' kat office aku...

Abis kenapa aku berhenti???

Sebab ade beberapa faktor...
Career development aku kat sini aku rasa macam ade sedikit slow...
Kadang-kadang ade sahaja 'event' yang memaksa sampai aku rasa macam nak berhenti...
(Even sometimes bende tuh dianggap remeh bagi sesetengah orang).

Kalau aku tak jadi berhenti pun maybe disebabkan seorang boss aku yang aku rasa aku sanjung dan aku sayang....
Dulu pernah sekali dia pujuk aku daripada berhenti....
Tapi kali nie.... Aku tak sempat pun berjumpa dengannya....
Aku plan jumpa dengannya after cuti raya (14 Ogos 2013)...

Malangnya......
Bukan rezeki aku untuk mendengar nasihat dan kata-kata hikmah terakhir daripadanya...

Allah S.W.T lebih sayangkan dia...

Aku baru merancang untuk menjadi 'anak murid'nya walaupun after aku resign...
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan...

Pesanan arwah yang paling aku ingat adalah -
1. Tunaikanlah haji sewaktu umur masih muda dan kuat.
2. Jangan menangguh kerja/perkara-perkara penting dalam kehidupan

Arwah suka memulakan satu cerita dengan statement "pada satu hari yang mulia" or "one fine day"...
Arwah suka menyindir, melawak dan sangat sangat suka ber'analogy'...

Aku masih ingat riak mukanya ketika sedih, marah and especially bile arwah ketawa/senyum.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana...

Al-fatihah buat Boss Kesayanganku, Tuan Haji Abd Razak Haron.

Sedikit info on his career background:
 
Mr. Abd Razak Bin Haron served as an Executive Vice President (Compliance) of Johor Corporation since 1 September 2010 until August 2013. He served as Group Internal Audit Manager of Johor Corporation since 1994 and served as its Group Chief Auditor since 1997.
 
He is well-known in The Institute of Internal Auditors (Malaysia) - IIAM as he was:
  • the President of the Board of Governor of the Institute of Internal Auditors Malaysia from 2002 to 2004.
  • Member of the Board of Governor of the Institute of Internal Auditors Malaysia from 1996 to 2011.
  • Member of the Institute of Internal Auditors Malaysia's Audit Committee since 2012
He also hold a few directorships in PLC's:
  • Non Independent & Non Executive Director of KPJ Healthcare Bhd. since 1 July 2011.
  • Non Independent & Non Executive Director of Al-'Aqar Healthcare REIT (also known as Al-Aqar KPJ REIT) since 12 January 2011 until February 2013.  
  • Non Independent & Non Executive Director of Sindora Bhd from 1 July 2011 to 1 August 2011.
His early career development are as follows:
  • Group Internal Audit Manager at PJB Pacific Securities Sdn Bhd from 16 July 1998 to 30 June 1999.
  • Group Internal Audit Manager at Damansara Realty Berhad from 1 July 1994 to 15 July 1998
  • Auditor at Cagamas Berhad from 1 July 1989 to 30 June1994
  • Auditor at Hanafiah Raslan Mohamed from 1 November 1988 to 30 June 1989
  • Finance Assistant of Lembaga Letrik Negara (somewhere in 1988).
  •  
He participated in the setting up of the Asian Confederation of the Institute of Internal Auditors (IIA) ACIIA in Hong Kong, Bangkok, Singapore and Philippines. He was Certified Internal Auditor (CIA) (1998) and Fellow Chartered Member of the Institute of Internal Auditors Malaysia (CFIIA). He studied Bachelor in Accounting and Finance (Honors) from University of East London (UK) in 1986. He held an Executive Certificate in Management from Henley Management College, UK in 2006. He passed away on 13 August 2013.
 
 

Monday, July 29, 2013

Review Event Best: 7th ANSARA PreRamadan Blood Donation (2013)

How was my ANSARA PreRamadan Blood Donation Event?

It was excellent!!!!

Seronok sangat dapat berkhidmat as volunteer seperti tahun-tahun yang lalu....

This was my 4th year involvement...

Yang seronok kali nie adalah:

1. Seperti biasa, my beloved hubby dapat join me and this time he pledged as organ donor....!!! Tapi aku rasa sedih gak sebab bukan aku yang convince him to pledge... But it's ok, at least dia dah ikrar...

2. My brother join me as volunteer...!! Dah penat aku ajak before nie... But akhirnya dia nak join because his best friend yang beria ajak dia join.... So, next year, in shaa Allah dah ade successor volunteers... Hehehehe..... Yeay!!!!

3. There was involvement of students from PBSM MRSM Pontian.... Hey, it was fun to work with them!!!!

4. My lovely daughter, Arissa, pun join as youngest volunteer.... I had to train her from now... Kena pupuk semangat membuat kerja-kerja kebajikan.....

I should thank my mum for her support... Ibu banyak membantu aku bagi menjayakan voluntary work aku selama ini.... Ibu yang menjaga anak-anak aku sewaktu aku sibuk dengan persediaan dan kerja-kerja event ini.... Plus, Ibu jugak la yang memupuk semangat aku untuk membuat kerja2 charity... In shaa Allah, one day aku nak buat banyak lagi kerja-kerja charity and hope my mum could join too....

Ok.... Jom usha gambo-gambo sekitar event tersebut.....

 Our Loyal Donor & Supporters, Mr & Mrs Tan
The earliest too.... Thank you

 Our volunteers busy at registration counter.
Also promoting 'Organ Donation Pledge'
 
Some of the students helping us at registration counter.
Learning to promote 'Organ Donation Pledge'
 

 Ramai rakyat Malaysia yang prihatin..
Katil memang penuh selalu..
 
 
 Lovely couple... supporting each other...
 
 

 Kakak busy packing 'goodies' to donors
 
 

 Our youngest volunteer
 
 
 With Students and Teachers - PBSM MRSM Pontian
 
 Our volunteers with Blood Team from Hospital Sultanah Aminah, Johor (Saturday)
 
 
Our volunteers with Blood Team from Hospital Pontian, Johor (Sunday)

Sangat seronok and berpuas hati with event kali ini....

Hope next year lebih ramai volunteers dari ANSARA boleh join....

Wednesday, July 3, 2013

Event Best: ANSARA Pre-Ramadan Blood Donation Drive

Seperti tahun-tahun terdahulu, ANSARA akan mengadakan kempen derma darah seMalaysia bagi membantu pihak Hospital Malaysia mengumpul bekalan darah yang sangat kritikal di musim perayaan yang akan datang ini.

Puasa dah dekat, maka bekalan darah akan berkurang...
Semasa berpuasa, tidak digalakkan menderma...
Tapi after berbuka, boleh la menderma...
Dan tapi lagi, tak banyak hospital buat 'blood donation event' masa bulan puasa
(setelah waktu berbuka)...

So..... Jom kita Menderma....!!!


Tahun nie, lagi sekali aku ditugaskan menjadi coordinator di AEON Bukit Indah Johor....

So.... Marilah support sama saya!!!!

And seperti biasa juga aku akan mem'promote' Organ Donation..... ;)

SEE YOU THERE!!!!!!!.......

Monday, July 1, 2013

Progress 1: Deco Bilik Princesses

2 minggu lepas...

Aku dah start men'deco' bilik puteri-puteri kesayangan aku....

But still banyak lagi yang perlu di'deco'..

With limited budget and limited time, hanya ini jer termampu setakat ini...

We start with 'Wall Stickers'...

 Seperti biasa, anak kita akan menyibuk bersama... Aktiviti keluarga yang sangat seronok..!!
 

Aku still tak faham apa significantnya si Isha nie tutup mata masa tampal sticker nie...
 
 Bile dah siap, Isha cuba 'white board sticker' yang comel sangat tuh
 
Taa daa...!!!

Nak tengok hasil keseluruhannye.... Tunggu.....
(* Amaran: Jangan mengharap kerana update untuk 'Deco' ini sangat lambat....hahahahaha...)

Wednesday, June 26, 2013

Event Best: Mom & Baby Expo & HOMEDEC

Ok.... Just to inform you all.... Get Ready for these two events....

Both start on Friday (28th June 2013) and end on Sunday (30th June 2013)...

But different location, ok....?!





Tak tau nak gie dua-dua events ke tak.....

Yang pasti event Mom & Baby Expo memang aku nak pergi la....

Weekend, hubby outstation... So, rasa macam tak dapat kot gie homedec....

Tapi nak gie carik air-cond gak.... cam no nih...??!! Huhuhuhuhu.....

Maybe boleh singgah jap after work... sebab terlalu dekat ngan office aku kan.... hehehehehe....

Friday, June 21, 2013

Wishlist: Air conditioner

Panas.... !!! Panas...!!! Panas...!!!

Sejak sebulan dua nie aku terasa bahang sangat di luar tuh....

Sejak sebulan yang lepas, aku memang tido pasang air-cond...

Bile dah sejuk udara di bilik, baru aku matikan air-cond tuh....

Tapi kesian mak pak aku..... Sebab bilik yg ber'air-cond' aku dah amik....
(Apa punye anak la aku nie...). Aku kan still stay kat umah parents aku during weekdays.

So, aku rasa aku patut belikan and pasangkan air-cond kat bilik yang depa duduk la nie...

Plus, kat umah aku lak, air-cond yang ditinggalkan milik owner umah lama macam tak brapa bersih jer aku rasa....

Weekend nie nak carik air-cond lah! at least 2 biji air-cond (one for me and one for my parents).



Tapi brand apa yang bagus dan murah.....???

Dah 2 minggu aku fikir and carik.... Pening tau!

Wednesday, June 19, 2013

Review Event Best: World Kitchen Warehouse Sale


Cerita pasal pinggan mangkuk corelle and periuk belanga vision & corningware dah sebulan tak abis-abis lagi.... 

Mana tak nye, aku dan rakan-rakan ofis aku waktu tuh baru jer dapat bonus... So, memang tepat pada waktu nye, World Kitchen (pengeluar barangan corelle, pyrex, corningware, vision & ekco) buat warehouse sale.

corelle, corningware, vision

 
Memang murah, ye...

Tapi jenuh la mencarik untuk melengkapkan set-set corelle tertentu (mengikut corak) sebab diorang tak jual ikut set.... Depa jual loose items, so pepandai la ko carik sendirik (tapi ade la pekerja-pekerja depa yang membantu untuk carikkan jugak)... 

Periuk pulak ade la set-set tertentu yang dijual. Tapi memang sangat berbaloi...
Especially set periuk vision... Aku tak beli set periuk Vision sebab ade ceritanya... nanti aku story eh...

Ok... Apa yang aku balun kat warehouse sale nie?

Ini dia........
 
corelle, corningware, vision
 Set Minum Petang (Corelle) & Periuk (Corningware)
Design: Fleeting Breeze (Deluxe Series)
Design nie dijual for Korea market... so, kalau terpecah, terpaksa la aku gie Korea carik replacement... heheheheh....
 
 
corelle, corningware, vision
 Yang nie, aku suke design depa... buat nak buat set, tak cukup...
Tapi sebab suke sangat, beli la jugak...
 
 
corelle, corningware, vision
 Ini lak alatan memasak Pyrex....
Kalau masak x sedap, tak tau la....
(apa kaitan masakan sedap or x dengan alatan memasak?? hehehehe)
 
corelle, corningware, vision
Ini pulak dihadiahkan kepada Adik Ipar kesayangan, Puan Farhain Hamdan...
 
 
TOTAL DAMAGE: Adala (memang sangat far from actual retail price!)
Should I call it Total Investment instead... hahahahah....
 
 
Mari kita usha member-member aku nye hasil buruan....
 
 
Ini hasil buruan si Shopping Queen kite, Pn Malynd :

corelle, corningware, vision
 
corelle, corningware, vision
Shopping Queen kite tak beli banyak sebab nak shopping kat Langkawi....
Depa kata kat sana pun murah....
Ini hasil buruan si Kak Nurul kite - Ketua Rombongan Memborong...
(Kak Nurul nie x aci sebab hubby dia keje kat kilang World Kitchen. So, dia dah tapaw dulu masa staff sales....)
 
corelle, corningware, vision
 Set Vision yang dalam kotak tuh just RM299.00...
Inilah set yang menjadi kegilaan kawan-kawan aku....
 
corelle, corningware, vision
 
corelle, corningware, vision
 
corelle, corningware, vision
*Ini adalah buruan semasa staff sale
 
 
 
Ini pula hasil buruan Mak Yong kite, kak Izan (larat tuh memborong...)
 
corelle, corningware, vision
 
corelle, corningware, vision

Mak Yong x beli banyak sebab dah ade set diner corelle...
 
 
Hhhmm.... Puas hati....
 
Ok... Tujuan aku letakkan semua gambar ini hanyalah untuk kenang-kenangan... saat-saat indah bershopping bersama officemates... hehehehehe....
 
 
Plus, untuk menjadi 'control tools' aku... agar beringat jangan nak beli lagi apa yang dah ade!
 



Wednesday, June 5, 2013

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

Assalamualaikum,

As a friend, I just want to give a support to my sahabat, Hj Mohd Firdaus Bin Mat Saad.

Tomorrow is his birthday and his big day as he just launched his first e-Books which in my view is very WORTH to have and read it...!!!

The e-books consist of three e-books:





I read those e-books. Memang sangat mudah difahami (because Firdaus menulis menggunakan bahasa yang mudah seperti bercerita...). Kagum dengan semangat dan teknik-teknik untuk berjaya. I will share some of the ilmu to my hubby, my kids, other family members, and friends too.... ye la, from my reading and understanding, I just could absorb maybe 75%-80% jer.... so, kalau nak tau semua, kena la baca sendirik kan....??

Aku akan cuba mempraktikkan teknik-teknik yang diberikan in my study... Maklumla... Banyak sangat exams yang aku kena amik....

Selain itu, I love his concept of meng'Infak'kan sebahagian keuntungan daripada hasil jualan e-books ini kepada entiti-entiti/individu-individu yang memerlukan bantuan.

So, what are you waiting for?? Lets have it!!!!

Sempena hari pelancaran, he gives a special price tau!!!

How to buy??? Please click here.

Bye-bye.....

Monday, June 3, 2013

Review: Big Bad Wolf 2013 - JB




This was the first time BIG BAD WOLF datang ke Johor!!!


 








 
So... My colleague, si Malynd (Shopping Queen) and I pun grab the opportunity waktu rehat yang panjang on Friday to jengah-jengah tengok and and beli mana-mana buku  yang berkenan.... Punya la excited....!!

Suasana di event tersebut sangat TENANG.... Berbeza sangat dengan suasana semasa WOLRD KITCHEN WAREHOUSE SALES pada 2 minggu yang lepas... Hahahhaahah.... Of course la kan, kan jual buku... Orang nak baca dalam keadaan tenang..... 



         Lengang jer.... Tak payah nak berebut... hehehehe

Tak payah la nak berangan membaca novel-novel romantik nie....
Kehidupan jauh berbeda than what stated in all 'Love Stories'
 
 
Yezza.... Ini section wajib bagi ibu-ibu yang penyayang seperti aku...
 
But agak mengecewakan la jugak sebab most of the books are not fit with our taste.... Maklum la, buku-buku yang agak lama bagi aku and Malynd....

 Ini la yang dapat aku grab pada hari tersebut....
 
You can call it 'Buku Mak-Mak'..... hahahahahaah
Total Damage: RM62 only
 
 
Hope that tahun depan kalau this event still akan buat di Johor, Organiser akan bawa buku-buku yang lebih terkini dan menarik..... ;)

Tuesday, May 28, 2013

Makan Di Mana???? - Gerai Belangkas Mahkota, Kota Tinggi

Setelah hidup lebih suku abad... Pada 25hb Mei 2013, ini lah kali pertama aku makan belangkas....

Tapi...Kalau menurut ibu aku, arwah nenek aku pernah masak belangkas... Masa tu aku kecik lagi la... Nenek meninggal dunia pun masa aku darjah 3... Kalau aku pernah makan sebelum tuh, aku pun x ingat rasanye macam mana.... Ibu kata, kalau x pandai siang belangkas nie, boleh mabuk orang makan masakan kita.... (X tau la kalau boleh sampai bawa maut ke tidak)...
 
So, kat mana aku makan???

Ini dia.......

GERAI BELANGKAS MAHKOTA di KOTA TINGGI


Gambar dari En Nizam 

Ini rupa belangkas bagi mereka yang tak tahu.....



Kalau tengok rupa belangkas nie... memang tak de selera la nak makan..... tapi bila dah dipotong2..... dan dimasak......

 Terima Kasih, En Fariz

Ini gambo hubby aku amik... Thanks, sayang....


Sorry la... Aku x amik gambo masa makan.... Camna nak amik gambo, sejak ber'anak' kecik nie, x menang tangan aku....

So, other bloggers, pinjam ye gambo kamu.... Thanks a lot...

Apa rasanye....??

Belangkas isinye sangat la sikit... Rasanye macam isi ketam.... Tapi apa yang sangat sedap dimakan adalah telur2nye yang berlambak2..... SEDAP sangat, ok..??? Rasanye macam telur ikan duri... Yum... Yum...

Gerai nie akan menghidangkan belangkas masak asam pedas.... Masakannye, level biasa2 la.... 

TETAPI.......

Yang x best sekali.... Aku dapati diri aku alergi dgn belangkas....

Huhuhuhuhu....... Satu jam selepas makan belangkas, aku rasa macam semput2... Batuk2.... Mata start berair... Start bersin2....Hidung mula berair....

Sampai jer rumah, aku terus amik pil selsema, makan strepsil dan tido....

Tobat x nak makan belangkas lagi....
(Boleh percaya ke tobat aku nie...??)
Heheheheheeh.....

Bagi sesapa yang nak tau hukum makan belangkas, sila click here.
 

Wednesday, May 22, 2013

Room Make-over: My Girls' Room

Masa aku kecil dulu teringin la sangat nak bilik warna Pink and deco girlish-girlish gitu....

Tapi apa kan daya, aku share bilik ngan adik lelaki aku sampai aku Darjah 6.... Plus, we stayed at quarters navy kat Lumut, Perak... Dinding bilik warna putih and cannot cat warna lain.....

Masa Form 1 aku dah stay kat asrama pulak.... Eventhough we all dah berpindah ke Johor, since aku just balik masa cuti sekolah sahaja, bilik aku jadik bilik pelbagai guna...

Sampai la aku abis belajar kat Universiti.... Baru la dapat bilik sendiri... Itu pun hanya untuk 3 tahun... After that, aku bekerja and stay in Kuala Lumpur...

So, bile dah ade rumah sendiri, aku berangan nak hias cantik-cantik untuk both of my beloved girls.... Bilik depa still kosong lagi.... tengah kumpul dana and idea to fill-up the room...

Ini la rupa bilik mereka yang masih belum di'make-over'




Ini adalah idea-idea yang boleh aku consider la.....




 
 
 
Kalau ade sesapa nak bagi idea, you are welcome to do so...... :)