Monday, August 9, 2010

Organ Donation - Series 1

Alhamdulillah..... Pada 7 & 8 August hari tuh, ANSARA dan co-supporters berjaya mengadakan Blood Donation Drive se-Malaysia....

I berpeluang sertai that event as volunteer pada 7 August (sabtu) di Jusco Taman Universiti... On 8 August, I and my beloved hubby just bole hantar makanan jer kat Jusco Bukit Indah and Jusco Taman Universiti sebab we all ade kerje yang nak disettlekan... Hopefully next year, my hubby and I bole join lagi.... :)

Waktu jadi volunteer di Jusco Taman Universiti, I berpeluang menjaga registration and promoting 'Organ Donor Pledge' (Ikrar Penderma Organ). Dengan bantuan Sister Jamilah daripada Hospital Sultanah Aminah ("HSA"), I dapat memahami lebih mendalam mengenai 'Organ Donation' ini.... Walaupun I sudah pun register my pledge since umur I genap 22 tahun, tapi ade beberapa issue yang I sendiri tak pasti.... Tapi disebabkan I yakin yang Allah S.W.T akan sentiasa merahmati dan menyayangi hamba-Nya, I proceed with my decision.

Walaupun agak sukar untuk meyakinkan parents I (because that time I tak kahwin lagi), tapi dengan mengemukakan informasi-informasi yang I kumpulkan pada waktu itu, akhirnye my parents agreed with my decision (siap berbahas lagi tau!)... dengan syarat, 'tulang' tak didermakan.... sebab my mum takut mayat I lembik tak bertulang.... hahahaha.... Tapi, after I tanya Sister-Sister di HSA waktu pendaftaran, depa kata tulang kite akan digantikan dgn tulang tiruan... so, jangan la takut jenazah kite lembik.... So, I renew my pledge....

Prinsip I simple, organ-organ kite hanyalah pinjaman daripada Allah S.W.T. Maka, sekiranya kita tak memerlukannya lagi, mengapa tidak kite pinjamkan kepada hamba-hamba Allah yang memerlukan.... Tak kire la to Muslim or Non-Muslim... Dari segi Agama, hukumnya Harus....

Ade juga berpendapat, bahawa takut nanti jenazah/mayat sakit.... ye la, apa yang kite faham, kalau terkena air yang deras waktu dimandikan pun, jenazah dah sakit... Inikan lagi nak dibedah... Tetapi I yakin Allah S.W.T akan membantu meringankan kesakitan kite semasa pemindahan organ nanti...

I masih tak faham, mengapa orang Islam agak sukar menjadi 'Organ Donor'...... Persoalan ini dah lama I fikirkan... Even to my Hubby.... Kalau cakap pasal Derma Organ, bole jadi gaduh... dan dia tak bagi any reason kenapa dia tak sokong this thing.... that's why I can't convince him... I berdoa lambat-laun dia akan lebih terbuka and join me.

It's not easy process to be organ donor. Ade beberapa sebab kenapa ia nye sukar:
  1. Organ hanya bole didermakan setelah kite disahkan kematian otak... maksudnye, bile doktor dah sahkan kite mati cuma organ-organ kite still berfungsi disebabkan oleh bantuan mesin.
  2. Walaupun kite telah register as Organ Donor, doktor still akan mintak izin dari waris terdekat. Sekiranya, waris terdekat tidak membenarkan, pemindahan organ masih tidak dapat diteruskan... cuma, bagi I, sekirenye kite daftar as Organ Donor, waris akan tahu niat terakhir kita... at least daripada tak setuju, mereka maybe akan lembut hati untuk bersetuju.... Hopefully, my Hubby akan setuju sekiranya I berpeluang nanti...

To my hubby: "Abang Sayang..... benarkan tau, doktor nak amik organ2 and tisu2 saya.... Ini amanat terakhir.... after that, Sayang nak kawen satu lagi pun I bagik...."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendermaan organ ini, sila kunjungi: http://www.hkl.gov.my/content/ntrc.htm

Before I end my view today, I nak share one blog yang agak interesting and informative for you to read on the 'Organ Donor' issue:

http://saifulislam.com/?p=518 (it's by Saiful Islam - Hidup Memberi… Derma Organ!)

Maybe I could share my other opinion on this issue in my next post. And if ade sesiapa yang berminat nak register, bole la:

  1. mintak registration form daripada I.... (yang berada di Johor Bahru sahaja)
  2. register di hospital-hospital berikut:
    Pusat Sumber Transplan Negeri Johor, Hospital Sultanah Aminah.
    Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur.
    Pusat Sumber Pendermaan Organ, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.
    Pusat Sumber Transplan, Hospital Pulau Pinang.


To my dearest friends..... sila la daftar yek? dah berbuih mulut I mem'promote'.... hehehehe...

And kalau ade soalan-soalan yang related to this matter, bole la tanya di ruang comment... Insya'Allah, I akan sedaya upaya menjawab soalan itu... kalau soalan very technical, Insya'Allah I akan dapatkan jawapan daripada yang pakar....

Thursday, July 22, 2010

Blood Donation - Series 2

Sekarang nie agak sukar I nak luangkan masa untuk menulis blog.... Dah start macam dulu gak.... Bile start bekerja, I'm too focus on my work.... Ye la... Rasa bersalah sebab tak amanah bile time keje, kite sibuk tulis blog.... So, I amik masa waktu lunch hour untuk ber'blog' nih....

La nie dah nak dekat bulan Ramadhan... (I sibuk la berpuasa ganti...hehehehe... last minutes baru terkial-kial nak ganti...). Bile cakap time nak puasa nie, teringat lak pasal blood donation... Ye la, tiap-tiap tahun sebelum Ramadhan, ANSARA (MRSM Alumni) akan adakan blood donation drive... Ye la, nanti musim perayaan, biasanye bekalan darah di tahap kritikal...

Untuk tahun ini, blood donation drive anjuran ANSARA akan diadakan pada 6hb,7hb, dan 8hb Ogos 2010 di tempat-tempat yang terpilih di seluruh Malaysia. Kalau nak tau tempat-tempatnye sila ke:
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/12/ansara-annual-blood-donation-drive-again/



Untuk Johorians, location di Johor adalah:

  1. Jusco Tebrau City
  2. Jusco Permas Jaya
  3. Jusco Taman Universiti
  4. Jusco Bukit Indah
  5. Perlabuhan Tanjung Pelepas ("PTP")


Insya'Allah, I will be at Jusco Taman Universiti.... Kite jumpa di sana!!!!!

Nie nak sambung cerita yang I promise in Blood Donation - Series 1... About jenis-jenis pendermaan darah....

Actually, terdapat 2 jenis pendermaan darah;

Pertama, jenis 'Whole Blood'. Jenis nie yang biasa rakyat Malaysia buat.... Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:

  1. Sel darah merah
  2. Sel darah putih
  3. Platelet
  4. Plasma

Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam. So, kalau dah derma 'whole blood', penderma hanya boleh menderma selepas 3 bulan daripada tarikh terakhir menderma.

Dan kedua, jenis 'Aferesis'. Komponen darah yang didermakan adalah plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula. Untuk penderma Aferesis, dioarang bole menderma kembali selepas 2 minggu.


Kalau nak tahu banyak perkara mengenai derma darah, bole la ke:
http://www.pdn.org.my/



Tuesday, July 6, 2010

Patutkah UPSR and PMR dimansuhkan?

Tadi pagi I baca Berita Harian Online.... Antara berita yang menarik perhatian aku adalah issue memansuhkan exam UPSR and PMR. Kenapa nak mansuhkan education system yang telah lama kita guna? kerajaan nak jimat kos ke?

Bila membaca article2 or pendapat2 bijak pandai, memang UPSR and PMR nie patut dimansuhkan... kononnye education system Malaysia terlalu 'Exam Oriented'. Murid2 di Malaysia terlalu focus dalam peperiksaan dan tidak diberi kebebasan dalam memilih perkara yang mereka minat.....

Tapi for me, I still believe that UPSR and PMR tidak patut dimansuhkan... Ini kerana that exam dapat mengukur tahap pencapaian akedemik pelajar.... lagipun ia mampu menerapkan daya saing sejak anak2 kita masih kecil....

Dan disebabkan peperiksaan2 ini, ade juga yang tersedar dari 'tidur yang lena'.... What I mean? I teringat satu kisah benar one of my senior di EY... dia bukak cerita yang dia pada mulanye bukanlah pelajar yang cemerlang di sekolah rendah. Pada hari dia mengambil result UPSRnye, dia lihat rakan2 yang mendapat keputusan cemerlang bergelak-ketawa gembira bersama guru2... Pada saat itu, dia mula rasa cemburu dan tersedar bahawa dia juga bole memperolehi kejayaan itu.... And guess what? After that dia terus berusaha dan memperolehi kejayaan demi kejayaan... Dia antara pelajar yang lulus ACCA (professional exam for accounting) without a single fail.... Kak Sham, you inspired me!

Ade juga rakan2 I yang bersungguh2 di tahap UPSR tetapi memperolehi keputusan yang tak berapa cemerlang.... ada antara mereka give-up.... that's the sad part.... I believe parents and teachers must play the important part to support and motivate them... ye la, kan ade peluang di tahap PMR lagi.... And I have friends yang terus berjuang.. at the end, mereka berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR... lebih cemerlang dpd yang cemerlang dalam UPSR..... Sometimes orang yang berjaya terlalu comfortable dengan pencapaian dahulu... lupa nak upgrade diri.... hehehehe.... So, sapa kata PMR tak penting...?

Thus, for me these two exams amat penting kerana dapat mengukur tahap pencapaian akademik pelajar serta memberi kesedaran.

Kalau nak suruh pelajar2 kita bebas memilih perkara2/subject2 mereka minat, boleh jer bagi meraka ini memilih... Bukan dengan memansuhkan sistem peperiksaan masakini, tetapi lebih memberi kelonggaran kepada pelajar untuk memilih subject2 yang mereka minat.... Contohnye, masa I di sekolah menengah, I did't have choice to take economics subject or perdagangan because I was science school student.... Eventhough I was taking Accounting subjects (and not taking Bio) but I had to take Chemistry and Physics subjects.... Waktu tu, I memang confirm my interest is more to accountings and business study.... I believe ramai yang mengalami nasib yang sama.....

Macam tu jugak masa memilih course di peringkat Universiti.... I rasa ramai jer yang tak dapat course yang mereka pilih.... so, pakai humban jer la course apa yang IPTA bagik.... Bagi yang ade duit, bole la mohon IPTS.... betul? At last, dapat la grad dengan keputusan yang so-so... ye la kena paksa belajar apa yang kite tak minat..... Luckily, I got what I want....

Sama la macam kerja jugak.... Ramai graduate yang keje bukan kerana minat mereka.... ye la... Degree lain bidang, dapat keje lain bidang.... Orang bijak pandai kata, jangan memilih kerja... Apa mau buat.... Memang la tak memilih, tapi kerja tanpa minat.... you know how it looks like..... Kalau tak minat jadi cikgu, tapi terpaksa jadi cikgu, so... at the end that cikgu just do what ever he/she could do... it's so-so production... Kalau zaman dulu, cikgu ni adalah pendidik.... Kita pandang tinggi profession ini... For me, I'm glad to have good teachers... all my teachers memang ikhlas menjadi pendidik sebab mereka minat.... TERIMA KASIH, CIKGU!

hm.... terpanjang lak melalut.... ok... berbalik pada isu yang dibincangkan.....

Ade yang berpendapat, UPSR dan PMR ini hanya menjauhkan lagi jurang antara pelajar cemerlang dan pelajar kurang pintar. Bagi I, itu bukan alasan yang bernas untuk meneruskan usaha memansuhkan UPSR dan PMR. Melalui result UPSR dan PMR, kita dapat tahu kemampuan anak2 kita serta minat mereka.... Sekiranya anak2 tidak berminat dalam bidang akademik, parents sepatutnya sudah dapat menjangkakan keperluan anak2 mereka dalam bidang kemahiran.... Contohnye dalam bidang agama, lukisan, muzik, senireka, communication dan lain2.... Parents juga lebih mudah mendorong anak2 dalam bidang yang mereka minat.

So, apa pendapat anda semua.....?

Thursday, July 1, 2010

Blood Donation - Series 1

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia....

Hari nie, I nak cerita pasal blood donation la..... Actually, dah lama dah teringin nak tulis pasal bende alah nih.... Tapi ye la kan, kekurangan kemudahan internet, kekurangan masa and perasaan malas menguasai diri.... hehehehe....

Ok, yang I perasan, di Malaysia setiap tahun, berita menyiarkan bahawa bekalan darah di hospital kerajaan mahupun swasta kekurangan darah (refer mstar online dated 15 Jan 2010). Kalau 'issue kekurangan gula' ramai rakyat Malaysia ambil perhatian. Tetapi mengapa tidak dalam issue kekurangan darah. Ye la.... tak terkena pada kite dan keluarga kite musibah yang melibatkan issue bekalan darah nie.... Biasalah... Bila dah terhantuk baru nak terngadah....

Dan dari apa yang I perasan, kebanyakan donor di Malaysia adalah dari kalangan bukan Melayu and non-Muslim. Kenapa? Mana orang-orang Muslim nih? Mana bangsa Melayu yang kite harapkan? Adakah orang Melayu kite ini kurang 'exposure', kurang 'berfikiran terbuka' atau lebih mementingkan diri? Sifat keterbukaan dan kesedaran perlu ade pada kite semua, especially Malay-Muslim.

Ade jugak yang menjaja mitos-mitos kepada orang ramai hingga kite kehilangan potential good donor. So, untuk penjelasan mitos-mitos ini sila baca website berikut:
http://berita-harian-online.com/mitos-menderma-darah/

Untuk pengetahuan semua, actually tiada keburukan yang saya dapati dalam menderma darah ini. Malah banyak kebaikan yang diperolehi penderma darah. Antara kebaikan yang dalam saya ulaskan adalah:

1. Mengurangkan risiko serangan jantung - Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.

2. Dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.

3. Memeriksa dan mengetahui status kesihatan diri secara percuma seperti tekanan darah, kepekatan darah dan ujian darah yang lain.


4. Membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah.

Dari pengalaman I, I pernah diberitahu bahawa imunisasi Hepatitis B dalam badan I telah berkurang. I telah dinasihatkan untuk mengambil suntikan Hepatitis B. And guess.... It's free okay for the donor.... See betapa bagusnya menderma darah nie...

Semasa bekerja di audit firm, banyak kali jugak I try to derma darah. However, kepekatan darah I hanya untuk keperluan diri sendiri. Maka tak dapatlah I menderma darah. I mendapatkan advice secara percuma bagaimana menambahkan kepekatan darah agar ia tidak akan mendatangkan darurat kepada diri.

Berikut adalah keistimewaan kepada penderma darah Malaysia yang diberi daripada Kerajaan:

KEKERAPAN MENDERMA & KEISTIMEWAAN RAWATAN

1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

2 ~ 5 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.

11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.

21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.

31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


Tetapi jangan pula kita hanya menderma untuk mendapatkan kemudahan di atas..... Kite perlu Ikhlas.... Itu yang penting.... Semoga Allah SWT akan membalasnye dengan kebaikan dan kerahmatan kepada kite di dunia mahupun di akhirat kelak.

Untuk pengetahuan yang lebih luas lagi dalam 'Derma Darah' nie, silalah kunjungi website Pusat Darah Negara: http://www.pdn.org.my/

Untuk menderma darah, kawan-kawan bolehlah ke Hospital-hospital berdekatan (during office hours). Atau kena la search sikit kempen-kempen derma darah nie....

For Johorian yang stay kat JB, bolelah ke Plaza Tasek, Taman Tun Aminah pada 4th July 2010 dari 10.00 pg hingga 4.00 petang.

For USJ people and yang berdekatan, you could donate your precious blood at Summit USJ Shopping Complex on 17 July 2010 from 10.00 a.m to 5.00 p.m

Just to share with you:
Tanggal 14 Jun dinobatkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia sempena tarikh lahir pemenang anugerah Nobel, Karl Landsteiner yang menemui sistem kumpulan darah ABO.

Di hari yang lain, I will share with all of you about donation type and lifetime of blood cell.

Tuesday, June 29, 2010

Article Summary 1 - The $600 Billion Challenge

Title: The $600 Billion Challenge
Author: Carol J. Loomis
Source: Fortune Magazine (Issue no.9 - July 2010) - pg 44 - 52

The article is about the Bill Gates, Melinda Gates and Warren Buffet's plan - gathering the wealthiest American and lobbying the idea of "pledging to give at least half their net worth to charity during their lifetimes or at death".

So, most of the story, explaining the journey of the gathering process (which involved a few private meetings), who are attending the private meetings, and those billionaires' view.

However, the article doesn't stated the result (sapa yang join, sapa yang tak join). Means it still a secret.

Beside the article, you also could read Warren Buffet's philanthropic pledge (at pg 48 - 49).

The effort is very impressed me. For further information, get the latest 'Fortune' mag.

My Opinion:

Cuba bayangkan.... jika this effort menjadi.... masalah socio-economic akan berkurangan... cuma tak tau the fund tu depa nak salurkan kat mana.... within US ke, international ke.... (currently, Gates Foundation focus on the fights scourges like malaria, rotovirus, and HIV/AIDS).

Recently, kite nampak agak ramai orang kafir kaya yang sudi 'bersedekah'.... atau me'wakaf'kan harta-harta mereka.....

so, bilakah sampainye seru itu kepada Muslim-Malaysia yang kaya raya? (Yang lain pun patut terlibat, jangan asyik mengharapkan yang kaya raya ajer).... So, jom la kite bersedekah kepada yang memerlukan.... and kepada yang mampu, jangan lupa untuk berzakat.... I believe most of my friends sekarang nie dah diklasifikasikan sebagai orang yang wajib berzakat... tak kire la zakat pendapatan ke or zakat harta....

PPsst....:
Selalu terbaca orang mintak derma utk pembedahan anak-anak kecil... kengkadang amount dia tak besar mana pun... dalam RM20k-RM50k.... Di mana orang-orang kaya Muslim-Malaysia nie? jangan asyik beli kereta mahal baru ("toy")..... or hanya memperjuangkan perkataan 'jihad' or 'wakaf'....

Appreciated your comments. thanks

Intro

Dah lama fikir nak buat blog... tapi tak de masa and tak de idea.....

'Bubbly'....

Kenapa bubbly? coz.... aku baru teringat ade satu masa nie.. aku tanya kawan yang agak rapat ngan aku, Qadri... aku tanya which word will he describe me? dia terus jawab 'BUBBLY'....

Aku nie tak la pandai English sangat.... Banyak vocab yang aku missed out... kesiankan? aku pun tanya dia , "apa kebende nye bubbly nie?".... hehehehe.... dia kata, "ko carik la kat dictionary....." (Tension jer aku nie....)


Tapi betul apa yang dia buat.... aku sepatutnye kena rajin bukak dictionary.... hehehehe.... tak de la umur lebih suku abad pun nak depend pada orang... betul... and I have to improve my english and widen my vocab.... takde la asyik nak buat ayat yang sama jer.... hehehe....

hm.... apa yang menarik nak aku kongsi dengan 'followers' ye? hehehehe.... ade follower ke...? takpe la, kena pasang angan2 sikit....

hm... i'm planning to have 'Book Review', 'Article Summary', 'My Opinion', and 'Cuti-cuti Malaysia' section in this blog. so, followers could share their opinions,views, knowledge, experiance....

so, i hope that my friends will support me.... Thanks! :)